Monday, February 25, 2013

A WONDERFUL TIOMAN... ( part 1)

Kali ni aku nak bercerita pulak pasal pengalaman aku berjimba-jimba di Pulau Tioman.. Pulau Tioman ni terletak di Negeri Pahang... tapi Pulau ni jugak berdekatan dengan Mersing, Johor.. Dah beberapa kali aku pergi ke Pulau Tioman ni.. tapi x pernah rasa puas.. and disebabkan itulah aku akan selalu datang kesini bile ade mase..tapi itu pon sebab kalau kesana aku tak perlu keluar belanje besar..sebabnya Kakak ipar aku iaitu kakak sulong husband ade kat situ... suami die  Guru Besar Kat Sek Keb Kampung Juara... salah satu kampung yang ada di Pulau Tioman tuh.. jadi banyak la benda yang aku bole cut cost.. terutama penginapan dan makan... as u all tau kan... bile travel.. part tu lah yang paling penting kan.. Agak kerap jugak la aku kesana.. terutama bile time cuti sekolah...


  
heading to Mersing, Johor

Ada 2 cara nak ke Pulau Tioman ni.. Sama ada naik flight by Berjaya Airlines ataupun boleh jugak naik feri yang disediakan dari 2 pilihan jeti.. iaitu jeti Tanjung Gemok, Rompin Pahang.. ataupun Jeti Mersing, Johor.. tapi biasanya aku akan pilih naik dari Mersing, Johor.. sebabnya bukan apa senang sikit nak parking kereta kalau kat Mersing...

Jeti Mersing

Biasanya aku lebih suka naik feri awal pagi, iaitu seawal Jam 7.00 pg di Mersing... samada aku akan bermalam dulu kat Mersing atau bertolak tengah malam dari KL.. perjalanan Dari KL ke Mersing lebih kurang 4-5 Jam.. bergantung pada keadaan jalan dan kemengantukkan... kalau mengantuk dah tak tahan sangat... berenti la tido sekejap.. pastu pagi esok sambung la dalam feri plak... tiket Feri pulak untuk Dewasa RM35 and kanak2 RM30 seorang termasuk bayaran untuk Taman Laut.. kalau u olls nak tau lebih lanjut lagi senarai semua harga tiket  KLIK SINI ..Sebenarnya Pulau Tioman ni Pulau yang Dilindungi dan Dijadikan Taman Laut.. Hidupan marin kat sini memang di pelihara dan dipulihara oleh Jabatan Taman Laut, negeri Pahang...sebab tulah sebarang aktiviti memancing di sekitar Pulau Tioman ni diharamkan. Kalau nak Memancing gak kena sewa bot pegi ke tempat lain...


 Hah.. kalau u olls nak tau.. sebenarnya terdapat banyak perhentian untuk ke Pulau Tioman ni...antaranya Kg Genting, Kg Paya, Kg Tekek dan yang paling Famous Skali kat Kg Salang... Disini ramai lah tourist luar yang datang... pantai kat sini lebih landai dan airnya sangat jernih.. tapi memandangkan kakak ipar aku tinggal kat Kuaters Guru Kg Juara.. so aku perlu lah turun kat jeti Kg Tekek.. Dari jeti Kg Tekek nak ke Kg Juara kena naek 4WD, sebab Feri Tak hantar Penumpang ke Jeti Kg Juara.

 
ni la rupe bile duduk belakang 4WD.. 

Jangan korang ingat jalan nak ke Kg Juara ni bertar... hahaha... jalan die berturap jer tau.. alah.. yang ala2 simen kasar tuh... sebab tuh hanya 4WD jer yang boleh guna jalan ni... kalau ade pon motor-motor penduduk tempatan yang akan gunakan jalan ni.... perkhidmatan menghantar pelancong ke Kg Juara pon Ade disedikan.. bergantung pada nasib korang la pada masa tuh.. kalau nasib baik.. pandai kenyit2 mata.. nego ngan owner 4WD tu.. boleh la dapat murah...
nak sampai ke Kg Juara.. kami kena lalui jalan hutan lebih kurang 9km.. wah !! mencabar jugak kan???... mane taknye nak kena lalui jalan yang curam dan bukit yang tinggi...sejuk2 dan angin sepoi2 bahasa, diselangi dengan bunyi cengkerik dan binatang hutan yang memecah kesunyian di hutan belantara itu..( huh!! x mo la pakai ayat skema cam nih). Dapat la dirase bile duduk kat belakang 4WD tuh... Ramai tourist yang pilih Kg Juara sebagai destinasi mereka kerana kawasan kg Juara lebih private.. bukan apa kawasan kg die yang memang tenang jer, rileks dan peaceful... kalau kat tekek dan salang.. kawasan tu lebih happening dan crowded... so kenalah ngan jiwa aku yang love to d nature... huhuhu...

ni mase tahun 2010..una umur 7 tahun.

cantikkan pantai kat Kg Juara ni.. sempat lah snap2 mase sunset.

bile dah jejak kan kaki ke Kg Juara ni.. apalagi.. swimming time!! bebeh!!!... pendek kata.. sepanjang mase kat sana duk tepi pantai je lah... klu naik darat pon bile malam dan bile time makan.. kami suke mandi manda kat kawasan muara sungai die.. air jernih gile... dan x berapa masin... terutama bile time air pasang... huishh.. wonderfull!! walahhh... sebijik cam swimming pool... ombak pon x kuat kat situ...lepas tu kami akan ambik kesempatan utk cari siput sedut... sodap... masak lomak cili api... mavelesss... kurang lagi belanje tuk makan.. alah..bile sampai kat sini aku dah x kisah sangat pasal makan nih.. yang penting kenyang jer... husband aku pulak suka menjala kat sini... ade ikan kecik2 banyak gile kat situ.. apa tah nama ikan tu.. ade kakak ipar aku bagitau.. tapi aku lupe nama die...


sebaldi siput sedut kita org kutip...  sebelah lagi tu plak gambar kat muara sungai.. kalau air pasang la yang paling best.. bole jadi macam swimming pool... syok nyer lah....

sekali sekala buat aktiviti macam ni ilang semua stress kerja kat kepala..

Seterusnye kite sambung la plak kat part 2.. ade macam2 lagi aktiviti yang aku buat kat sana... baca yer nnti...Ariossss guys..



4 comments:

  1. Replies
    1. pergilah.. memang takkan menyesall.. pantai n laut die mmg ohsomm sngt...

      Delete
  2. Dear, kalau naik flight kita akan smp ke mersing k mcm mana?

    ReplyDelete
  3. Dear, kalau naik flight kita akan smp ke mersing k mcm mana?

    ReplyDelete