Sunday, March 31, 2013

AIR TERJUN JERANGKANG : the sound of nature..


The sound of nature....

Cuti sekolah kali ni.. tak sempat nak bawa Una berjalan-jalan...bukan apa kekangan masa plus papa nyer pon tak boleh nak amik cuti  coz cuti dibekukan... makanya  kami terpaksalah menghabiskan cuti kat rumah n kat kg jer... walaupon minggu lepas dah bawak berjalan-jalan ke Taman Negara.. tp still tak puas katanyer... so end week cuti sekolah tu kebetulan ajid ajak masuk untuk riki2 jalan ke Air Terjun Jerangkang..apa lagi.. En Hubby terus bagi persetujuan lah.....

Air terjun Jerangkang ni kire jiran la ngan Air Terjun Berkelah.. perjalanan yang sama... cuma bezanyer kalau ke Berkelah.. perlu hiking n past through d jungle trek baru bole sampai air terjun... kalau tak kat luar tu cuma ade sungai kecik jer.. berbanding dengan Air Terjun Jerangkang.. jalan nak masuk memang teruk cikit.. kena lalu kawasan kampung, kebun getah, ladang kelapa sawit dan hutan.. tapi kereta bole terus masuk dan sampai ke camp site yang pertama.. kat situ pon dah ade air sungai dan jeram.. lagipon sakarang ni air terjun jerangkang tak berapa popular berbanding hutan lipur berkelah..
nak info pasal air terjun jerangkang..?? klik sini
tak banyak benda yang aku boleh share kat sini coz aku pergi pon sehari jer.. pergi pagi  pastu petang danh gerak balik... jadi aktiviti pada hari tu hanyalah... mandi dan berendam ajer...


layan gambar je la yer...
                           
walaupon boleh dikatakan Air Terjun Jerangkang ni adik beradik dengan air terjun Berkelah... tapi sebenarnya keadaan kedua-duanya sangat berbeza... untuk air terjun berkelah trek untuk hiking lebih banyak.. maybe sebab ramai yang lebih tau trek dan keadaan disana. bukan apa berkelah sekarang agak popular lah.. berbanding dulu sejak tempat tu dah di upgrade kan... hasilnya kawasan tu lebih ramai pengunjung.. maka sampah sarap pon bertimbun jugaklah.. seterusnya keaslian di hutan tu pon dah tercemar.. rasa sedih jugak bile keadan kat sana dah jadi teruk... 

 berbanding dengan hutan jerangkang.. keasliannyer tu masih ade... tapi keadaan air terjun jerangkang sebenarnya lebih bahaya dari air terjun berkelah... keselamatan amat penting kalau ade yang berhajat nak buat terjun tiruk... kolam airnye lebih dalam dan agak bahaya.. airnya pulak jangan cakapla sejuknyer... kalah air yang di letak dalam fridge... apa-apa pun bile masuk kat tempat macam ni kite kena be more careful.. 



dah puas2 mandi... terus gerak balik... tak banyak yang aku bole cerita kat sini coz aktiviti yang kami buat pon terhad.. bukan apa.. preparation takde... memancing pon sekejap jer.... kami ade plan utuk bercamping kat sana.. if jadi aku akan update lagi.... okey guyzz... Ariosssssss






Thursday, March 28, 2013

SHARING IS CARING : Pahala atau dosa???


sekarang ni kalau kat pesbuk.. mcm2 info. yang kite boleh share .. tapi tau ker kite info tu betul ke tak.. sahih ke tak... contohnye macam info pasal bahaya makan sardin ni.. ade yang berani siap letak brand atau jenama barang tu betul2..
tak takut kena saman ker???

bile kite share sesuatu yang macam ni.. mungkin akan menyebabkan nama baik company ni akan jatuh... so dah tentu akan menyebabkan bisnes die pon akan jatuh... atau dalam erti kata lain SABOTAJ.. even kite just share jer... tapi dosa yang kite dapat... lagipon company ni bole jadikan ini sebagai bukti kalau mereka nak saman coz kite dah provoc barang die...
berkenaan isu makan sardin nih.. aku dapat satu email dari seorang kawan... email ni adalah penerangan dari syarikat Ayam Brand.. klik sini  dan sini.

 yang terbaru ni plak kisah kat pasaraya NSK..  memula aku sendiri pon percaya

kalau tetiba pasaraya NSK nak fail saman camna...???

A typical Malay... x usul peksa dulu.. main melulu jer hebohkan cerita... gosip jer manjang...  penerangan pasal kes ni aku ade share kat pesbuk aku.. kalau nak baca klik sini

Sama gak dengan kes bayi berdarah ni..

last2.. si ibu buat penerangan sendiri...nak tau klik sini apa yang di sebarkan tuh totally tak betul... haish... kan tak pasal2 dapat dosa menfitnah... dulu aku selalu gak share benda macam ni... tapi bile difikirkan balik.. aku sendiri tak tau sahih ke tak sahih benda tu.. kebanyakkannya aku dah delete... 
haipp!! banyak gosip nih..

satu lagi pasal share menshare ni... iaitu share bnda2 nak berdakwah... memang bagus dan satu benda yang baik... tapi kalau nak share benda-benda macam tu sekadar nak menyindir atau menyakitkan hati orang tak ke benda tu pon boleh mendatangkan dosa... Jangan gunakan agama untuk puaskan hati kite... kite sendiri tau nawaitu kite share benda2 tuh.. samada betul2 nak berkongsi ataupon sekadar nak menyindir dan menyakitkan hati seseorang.. kalau niat tu sekadar nak menyindir dan menyakitkan hati seseorang... agaknya apalah dosa yang kite dapat bile kite menyakiti hati orang.. 


Jangan sampai pahala yang kite cari dosa yang kite dapat....

bile ade jer masalah dengan sumbody.. mulalah kite cari kata2 hikmah berunsur ketuhanan untuk menyindir seseorang... aku bukannya terer sangat bab  hal ehwal agama ni... tapi saje nak luahkan pendapat... aku pon ade gak buat benda nih dulu... so  ini jugak sekadar ingatan untuk diri sendiri lah...


takut gak.. apa yang kite harapkan dapat pahala.. tapi last2 dosa yang dapat.. dosa dan pahala Allah yang tentukan.. kalau ade yang tersentap dengan apa yang aku tulih ni.. sorry yer.. kalau korang rase apa yang korang buat tu xde dosanyer.. terpulang lah.. tapi aku cuma bagi pendapat jer.. nak terima ke tak up to you...!!! dosa ker.. tak dosa ker.. Wallahualam...
okey lah... abes membebel...  arioss....


TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN


Seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti.. bilakah DS Najib akan bubarkan parlimen.. hari ni telah mencatatkan satu detik sejarah baru apabila   Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini. Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu. Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan menetapkan tarikh pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ketetapan akan dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor, bagi memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran DUN.  “Ini proses biasa, kebiasaannya Speaker DUN (Negeri Sembilan) akan hantar surat (kepada SPR) pemberitahuan bahawa DUN dibubarkan dan kekosongan kerusi berlaku. Tapi sehingga kini SPR belum terima lagi surat berkenaan,”

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, dan ramai meramalkan sebagai yang terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul sekali lagi hari ini. Banyak pihak membuat ramalan dan jangkaan masing-masing menerusi media sosial sejak pagi tadi.
 Dah tak menyabar dah rakyat Malaysia ni nak mengundi... tau la bile DS Najib tuh nak umumkan pembubaran parlimen..  tak payah la nak sibuk2... tau la die.. kalau nak jugak cepat-cepat.. tunggu PRU 14.. mase tuh kalau korang la yang jadi PM.. bole lah suka2 hati nak bubar parlimen.. kalau tak.. duk diam2 jer.. buat keje sendiri... tak payah nak melebih-lebih...


Wednesday, March 27, 2013

SENTAP DAY..!!!


saje2 nak bercerita.. entah kenapa hari ni aku rasa letih sangat... letih nak melayan perangai dan peel orang yang kadangkala sengaja atau tak sengaja nak menyakitkan hati... kat mana salah.. dan kat mana silapnya aku pon tak tau.... banyak kekurangan diri aku yang kadangkala aku sendiri tak perasan... tapi andai aku tau cara dan di izinkan Yang Maha Esa.. aku pon nak berubah.. sape yang tak nak kehidupan yang lebih baik... tapi kadangkala halangan dan cabaran yang Allah berikan pada aku mungkin satu petunjuk untuk aku berubah kearah yang lebih baik.. tapi berhadapan dengan manusia yang penuh dengan hasad dengki dalam diri buat aku rasa rimas... kadangkala aku cuba mendiamkan diri... menjauhkan diri.. bukan apa sekadar memberi ruang padanya untuk terus menexposekan diri.. even die dah dapat melangkaui aku.. namun hatinye tetap tak puas.. mungkin lihat aku jatuh tersungkur tak bangun2 lagi lebih memuaskan hatinya...

aku berdiam diri bukan bermakna aku ingin tunduk padanya.. tapi aku tak mahu lagi berhadapan dengan masalah yang sering di timbulkan dengan sengaja.. dan akhirnya aku yang nampak bersalah.. aku yang nampak jahatnya... sebab tu la aku lebih rela memilih untuk mendiamkan diri..
tapi manusia biasalah... selagi bernama manusia... hurmmmm... tak pernah puas dengan apa yang ade... atau dalam erti kata lain.. tak mahu bersyukur... sebab tu lah... kadangkala tak paham ngan sikap mereka... lebih suka tengok orang lain menderita hanya kerana rasa jelez dengan apa yang die ade... semua orang ade rasa jeles... aku sendiri pon ade bile lihat orang lain dapat lebih dari kita... tapi tak perlu lah kite gunakan cara kotor untuk dapatkan apa yang kita nak... usaha dengan kemampuan kite... kalau setakat tu jer yang kite mampu.. terima je lah...
PROBLEM..!!!

tak semua orang akan bersimpati dengan masalah kite... dan jika ade orang yang sudi bersungguh-sungguh untuk bantu kite bile kite ade masalah... itu bermakna kite amat bermakna dalam hidup die... tak semua orang akan simpati... depan akan cakap... "aku kesian kat ko"... tapi sebenarnya dalam aty..  "do i care". dan jangan pula bile takde orang orang nak bantu kite.. kite akan menyalahkan orang sekeliling... tak semua orang paham problem kite... dan kite kena ingat orang lain pon ade masalah... tak semua orang akan bercerita masalah pada kite.... jadi tak perlulah kite buat judgement sendiri... 
LU PIKIR LA SENDIRI..!!!!
 arios..!!!


Tuesday, March 26, 2013

CURANG : Orang ketiga berdepan hukuman penjara..

CURANG..!!!!!!

Majlis agama kuat kuasa undang-undang, individu punca rumah tangga runtuh boleh dipenjara 3 tahun.

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.


Penguatkuasaan diharap jadi pengajaran

“Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.

“Akta ini sudah lama digubal, tetapi tidak dikuatkuasakan mungkin kerana ramai yang tidak tahu mengenainya, dan penguatkuasaannya diharap dapat dijadikan pengajaran atau penghalang kepada keruntuhan rumah tangga,” katanya selepas Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohd Amran Mat Zain.

Seminar sehari itu dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bertujuan memberi pendedahan mengenai isu semasa dalam institusi kekeluargaan.
Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) berjaya menyelesaikan 2,040 atau 81.7 peratus daripada 2,497 aduan membabitkan isu nafkah menerusi proses runding cara sejak ditubuhkan pada 2008. 


IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.
Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.


INI BUKAN SANDIWARA : Berpantang Ajal Sebelum Maut.

KEYBOARD WARRIOR..!!! ADE BRAN...!!
Bile ade diantara kita yang mempunyai akal yang sempit melabelkan bahwa ini adalah sandiwara sahaja.. pasti mereka2 ini tidak mempunyai hati perut.. dan tidak tau menghargai jasa dan pengorbanan mereka... andai kita lah yang diberi pengalaman ini.. adakah mampu untuk kita hadapinya.. luka dihiris pisau di jari pon boleh buat kita rasa sakit.. bayangkan bile ditempat perwira negara ini..

Ini bukan masa untuk mati’

Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.
Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.
“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring. “Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.
Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.
Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, enam polis terkorban, manakala anggota keselamatan yang terselamat dibawa keluar pasukan VAT69 kira-kira jam 5.30 malam keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat sepenuhnya ketika itu.
Hasnal cedera parah dan kehilangan banyak darah berkata, dia hanya mampu berserah dan berdoa segera diselamatkan selain sokongan daripada anggota supaya terus bertahan sehingga bantuan tiba.
“Saya tidak dapat membayangkan apa-apa cuma tunggu diselamatkan saja, bila semangat datang kembali saya cakap pada diri, ini bukan masa untuk mati, saya akan bertahan sampai siang atau lebih lama lagi, malah nekad kalau tiada yang datang menyelamat, saya akan cuba berjalan keluar,” katanya yang terkena enam tetakan masing-masing tiga di atas kepala dan tangan menyebabkannya hampir putus selain tiga tembakan menembusi perut serta tangan kiri.
Bapa kepada seorang anak berusia dua tahun tujuh bulan itu berkata, dia menerima rawatan kira-kira dua minggu di Hospital Tawau dan Selayang, tetapi sehingga kini tangan kanannya belum boleh digerakkan lagi, manakala tiga jari tangan kiri sudah boleh digerakkan.
Menceritakan kembali peristiwa yang berlaku, Hasnal berkata, sepanjang malam bertahan di sebuah rumah, dia terjaga setiap sejam, manakala anggota lain berkubu di luar. “Saya sempat menghubungi isteri, Wan Zukarneti Wan Said, 28, pada pagi 3 Mac untuk memaklumkan saya sudah melaksanakan tugas dan berjanji akan menghubungi semula pada sebelah petang.

“Bagaimanapun, saya tidak memaklumkan kecederaan yang saya alami atau keadaan saya yang masih terperangkap di perkampungan air bagi mengelakkan keluarga risau,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkejut apabila dimaklumkan keluarga di Felda Telur Timur, Kuala Ketil, Kedah sudah mengadakan bacaan surah Yasin kerana beranggapan dia meninggal dunia dalam pertempuran itu.
Hasnal berkata, pada kejadian serang hendap itu, pertempuran berlaku dalam gelap tanpa henti selama 15 minit dan selang sejam sekali, selain dia dapat melihat percikan api peluru ke arah mereka.
“Ketika menghampiri sebuah rumah yang disyaki ada pengganas pasukan saya terus ditembak dari dalam, kebanyakan anggota dan pegawai yang terkorban berada dalam barisan hadapan. Saya terkena tembakan di perut dan dua di tangan, tapi saya bernasib baik kerana sempat tunduk.
“Selepas ditembak, saya ditetak dengan parang barong sebanyak tiga kali di kepala, saya melawan dengan menepis menggunakan tangan sebelum lari ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 15 meter dari kawasan pertempuran bersama sembilan anggota yang sempat memapah seorang rakan yang terkorban.
“Saya tidak nampak dengan jelas wajah pengganas kerana keadaan gelap, tetapi ketika dikejar mereka kelihatan masih muda dan macam orang kampung, di situ,” katanya. [BH]
TANGISAN SEORANG PEJUANG..!!

GI JOE RETALIATION: 28 Mac 2013



jom bermuvee..!!! 28 Mac 2013 adalah tarikh tayangan G.I Joe Retalitation.. dah lama gak la menunggu2.. tayangan filem ni... haha... bukan apa.. Mr Dwayne Johnson my favourite hollywood actor jd pelakon utama.. tambah pulak si otai hero Bruce Willis pon ade... mantap lah rasenyer..


                                        
ni kalau bawak kat Lahad Datu conform berterabur lari puak sulu....

Sinosis filem ni dalam bahasa melayu yer..
Pengarah Jon Chu ("Step Up 3D") dibawa masuk untuk mengarah filem sekuel "G.I. Joe". Pasukan G.I. Joe harus menghalang Zartan (Arnold Vosloo), Storm Shadow (Lee Byung-hun) dan Firefly (Ray Stevenson) dalam filem ke-2 ini. Tetapi misi ini bukan mudah kerana Zartan sedang menyamar sebagai Presiden Amerika. Semua pemimpin dunia terpaksa mengikut arahannya dan dunia hampir terjerumus dalam peperangan. Zartan ingin melancarkan senjata nuklear ke rakyat awam. Pasukan G.I. Joe mempunyai banyak isu untuk diselesaikan seperti persaingan antara Snake Eyes (Ray Park) dan Storm Shadow semasa perguruan mereka dengan Blind Master. 
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2013
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Jon Chu
Pelakon: Channing Tatum, Dwayne Johnson, Bruce Willis, Adrianne Palicki, Ray Park, Lee Byung-hun, Ray Stevenson, Arnold Vosloo

nak tau lebih lanjut pasal cite filem ni.. bole la teropong2 web ni..http://www.gijoemovie.com/

lets check it out trailer die yer..

Jadual tayangan untuk pangung-pangung kat Malaysia sahaja boleh la korang klik kat bawah ni yer..

tak pon pergi je walk in.. tapi kalau takde tiket untuk seat belakang2.. naseb la yer... aku kalau tiket seat duk kat depan.. rela tak yah tengok.. kalau tak 2 hari sakit kepala mendongak... ok guys.. enjoy d movie... Ariossss....

ANAK AR BADUL ANGGOTA VAT69 YANG KINI BERJUANG DI LAHAD DATU


Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.



Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian, HASLI NA KAMALUDIN dan NOR FAIZAL GHAZALI bersama jurufoto ZULFADHLI ZAKI mendapatkan reaksi Badul mengenai insiden ini

Khabarnya, ada antara ahli keluarga anda juga seorang tentera?

Ya, anak lelaki saya adalah komando VAT69. Dia juga dihantar ke Lahad Datu dan juga banyak misi di luar negara. Kerana itu, saya sangat faham perasaan keluarga tentera.

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.

Bagaimana dengan pra-perfileman, memandangkan ia berkaitan tentera?

Kita sangat bertuah dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang memberi sepenuh sokongan terhadap filem ini. Penggambaran dilakukan dalam kem dan di hutan Gombak. Pegawai tentera ketika itu memberi tunjuk ajar serta latihan kepada kami sebelum memulakan penggambaran. Kami juga dibenarkan menggunakan senjata, lokasi, pakaian sebenar seorang tentera. Kami juga direkrut pegawai khas sepanjang penggambaran.

Berapa kos filem dan berapa lama penggambaran di dalam hutan?

Untuk filem Darah Satria, kos filem mencecah RM100,000. Ia jumlah yang besar pada ketika itu dan merangkumi semuanya termasuk promosi. Kami berkampung selama dua minggu di hutan. Kami melalui kehidupan seperti tentera seperti mengalami sendiri pengalaman tidur dalam khemah, makanan dan semua perkara yang dilakukan tentera. Bukan senang kerana selain daripada pelakon tambahan yang ramai, kami juga menggunakan senjata sebenar. Berat dan kami perlu berhati-hati. Semua ini demi untuk memastikan filem ini sukses.

Apakah kesukaran dalam menyiapkan filem tersebut?

Kami diberi peluang untuk menggunakan helikopter dalam beberapa babak. Kebanyakan aksi dilakonkan pelakon sendiri. Aksi paling sukar adalah situasi di dalam helikopter. Pelakon perlu turun dari helikopter menggunakan tali. Bukan sahaja tinggi, malah angin yang kuat juga menambah kesukaran. Kami hanya diberi latihan terjun tiga hari. Tetapi segala-galanya berjalan lancar. Selain itu, memegang senjata sebenar juga adalah masalah besar buat kami. Kami risau takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Adakah pada ketika itu mahu menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia?

Pada asalnya, kita hanya ingin tukar tajuk sahaja. Tapi, apabila ditayangkan, mendapat sambutan kerana genre berbeza, ia secara langsung memberi impak positif kepada penonton dan lebih patriotik daripada biasa.

Selain Darah Satria, anda turut terlibat dalam filem ala tentera iaitu Prebet Lapok.

Ya, filem Prebet Lapok, saya diberi peranan utama. Masih mengisahkan hidup ala tentera. Ia juga disampaikan secara ringan iaitu bagaimana kehidupan tentera di kem. Ada juga tentera keluar malam, masalah disiplin dan sebagainya. Filem ini berjaya menarik ramai anak muda ketika itu untuk menyertai tentera. Untuk jadi tentera, hanya perlu ada semangat, disiplin dan rela berkorban nyawa untuk agama, bangsa dan negara.

Melihat situasi sebenar tentera berperang di Lahad Datu, apakah anda boleh digambarkan?

Pertama, ia mengingatkan kenangan saya berlakon di hutan dulu. Walaupun hanya berlakon, tetapi bukan mudah. Beg dan senjata yang berat. Kami perlu fokus. Melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini membuatkan saya terasa ingin berjuang bersama mereka. Saya dapat rasakan betapa sukarnya mereka menjaga keamanan negara kita dan bagaimana mereka perlu berdepan dengan musuh sebenar. Semangat mereka ada dengan saya. Tapi, apa yang boleh, saya hanya doakan yang terbaik. Mereka adalah tentera terlatih. Saya bangga dengan mereka.

Apakah kewajaran untuk pengarah filem menghasilkan filem patriotik pada masa sekarang?

Kita sebenarnya tidak banyak sejarah perang, soal buat filem itu terserah kepada produser. Pada masa sekarang perlu buat filem yang melambangkan kedaulatan negara dan keperkasaan tentera kita. Jangan buat filem ‘pak turut dan pak sangkut’ saja yang akan merosakkan institusi Malaysia.

Apakah anda akan menghasilkan filem patriotik?
Kalau ada permintaan saya akan pertimbangkan untuk mengarah.

Apa komen anda mengenai persepsi yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu?

Negara kita jarang berperang. Kerana itu, mereka seperti tidak ada perasaan kasih sayang. Sudah macam hilang akal dengan melemparkan pelbagai tohmah dan kata-kata negatif. Sedangkan kalau ada berlaku kemalangan jalan raya pun kita rasa simpati. Inikan pula tentera yang ingin mempertahankan kedaulatan negara. Seharusnya mendengar tentera perlu bertugas ke Lahad Datu itu pun kita sudah sugul dan sedih. Apabila kena tembak, mengapa tergamak mengatakan ini sandiwara. Mereka tidak fikir orang lain. Cuba kalau saudara mereka ditembak. Pasti sedih. Inilah yang berlaku apabila wujud pihak-pihak yang tidak pernah fikir perasaan orang. Seolah-olah dalam otak mereka ada ‘cip’ yang ikut sahaja cakap beberapa pihak yang mengaitkan isu ini dengan politik.

Apakah situasi tentera hari ini melawan Sulu lebih teruk daripada zaman melawan komunis dulu?

Bagi saya, Sulu ni komunis moden. Ada duit, kedudukan dan penyokong. Jika mereka berjaya, mereka akan dapat habuan dan bahagian tertentu. Komunis tidak kerana mereka ada fokus. Saya lihat Sulu tiada fokus. Kenapa mereka mahu Sabah? Mereka muncul tiba-tiba dalam keadaan dan saat sekarang (musim Pilihan Raya).

Bagaimanakah pandangan anda dengan moral rakyat Malaysia terhadap anggota keselamatan?

Pasukan keselamatan perlulah dihormati. Mereka ini harga yang tidak ternilai kepada negara. Sekiranya negara menghadapi perang, merekalah benteng utama, bukan bomba atau jururawat. Tanpa mereka habislah kita. Saya sangat bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Masyarakat perlu menghargai jasa dan tanggungjawab mereka bukan menghina.

Apakah harapan anda terhadap insiden Lahad Datu ini?

Saya tahu ini adalah detik sukar untuk semua warga Malaysia dan pasukan keselamatan kita. Perkara ini sudah pasti memakan masa agak lama untuk berakhir. Tetapi, saya berharap tidak akan ada lagi kata-kata negatif terhadap pasukan keselamatan. saya berdoa perkara ini akan dapat ditamatkan dengan penuh diplomasi.

Perlukah kisah Lahad Datu difilemkan sebagai pengajaran kepada generasi akan datang?

Saya rasa ia tidak perlu menjadi filem. Lebih baik dijadikan dokumentari. Pada saya, siapa juga yang nak buat filem, ia tidak lari daripada nak dapat untung. Kalau dokumentari ia akan lebih diberi perhatian. Minta maaf cakap, filem hanya untuk untung.

Apakah pandangan mengenai seniman atau artis yang memilih politik?

Pada saya, mereka ini tidak jujurlah. Mereka kena tahu apa tujuan masuk politik? Tidak perlu hipokrit. Kalau artis itu mahu bersihkan diri dan dekatkan diri dengan agama, mereka tidak semestinya kena masuk politik. Sepatutnya mereka perlu belajar dulu. Bila mereka masuk platform politik, secara tidak langsung kita akan mengata orang juga, baik masuk pondok. Kita mahu berdakwah, kenalah sedar standard diri kita. Contohi Ustaz Akhil Hayy, belajar dulu betul-betul lepas itu bolehlah nak berceramah dan berdakwah.

Ada sesetengah pihak dilihat terlalu ekstrem dengan politik, bagaimana anda melihat situasi ini?

Pada saya kita tidak perlu terlalu ekstrem dalam hal politik. Mana yang elok kita turut, tak perlu ekstrem mana-mana parti politik. Siapa pun yang memerintah negara, saya tetap macam ini juga. Kita perlu terbuka, jangan terlalu terikut dengan apa yang orang cakap. Jadi kita ikut mana yang elok, mana yang kita rasa betul. Satu hal lagi, mengapa jika ada pihak yang menghina negara diberi muka? Kenapa kita terlalu berlembut? Minta maaf, paling tidak saman. Kalau orang minum air ketum kita lempang pula. Ini orang yang sah-sah hina negara. - SINAR HARIAN.COM



jom kite layan movie ni... klik sini





DARAH SATRIA d movie


dulu masa kecik2.. aku suka sangat tengok cite nih... pantang tayang kat TV jer mesti tunggu... mungkin sebab semangat patriotik dalam diri ni memang dah ade sejak kecil lagi.. hehehe.. jum layan movie ni... 


 Pelakon utama cerita ni ialah Aman Shah, Lydiawati dan AR badul..


DARAH SATRIA
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)




JURUTERBANG TERMUDA NEGARA BAKAL CIPTA REKOD DUNIA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".
"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya. -- BERNAMA

Terbaekk...!!! lah.. muda2 dah berkerjaya..Lepas ni ramai la peminat kapten muda nih... glamer lah cam Dr Sheikh Muzafar.. hehehe

KISAH BENAR!!! HUJAN PELURU BUAT VAT69 BRAVO , CHARLIE DAN ALPHA PADA 1 MAC


Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas. 

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie. 

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada Komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.


Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.


Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.


"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.


Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkata beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kira dua meter.


"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.


Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.


"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dan ia mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika
itu.


"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidak mengenai saya," katanya.


Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara. - BERNAMA


Monday, March 25, 2013

PANDAN LAYER CAKE

Alkisahnye untuk kali ni aku nak share resepi kek pandan layer yang dah aku simpan bertahun lamanya... resepi ni aku dapat dari mak sedare bestfrend aku mase form 6 dulu... skang aku pon dah start bisnes kecik2 kek nie.. ambik order dari kawan2.. and kawan2 mr hubby...

nie yang dah siap ditempah...

Kek Pandan Layer

KEK
bahan-bahan: 
250gm sponge mix vanilla
4 biji telur
1/4 air
1/4 minyak masak
1 sdt perasa pandan
1 sdt pwarna hijau

LAYER
1 cawan air daun pandan
1 cawan gula
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
50gm tepung hoen kew hijau
20gm instant jelly
pewarna hijau

CARA-CARA
 mula-mula kena buat kek dulu... campurkan semua bahan untuk kek and then whisk kan hingga die betul2 kembang dan naik.. kalau nak tau macammana die dah kembang.. warna adunan tu akan bertukar jadi colour hijau yang light sikit... tapi kalau beli tepung sponge mix ni kat kedai bahan2 bakery.. biasanya ade disediakan cara nak buat kek.. terpulang lah nak ikut yang mana satu.. dah kembang kek tu.. masukkan ke dalam loyang bulat ke.. empat segi ke.. terpulang lah.. asalkan loyang tu di griss dulu.. masukkan dalam oven 170 darjah celcius dan bakar hingga masak.. iaitu bile cucuk kek tu dah tak melekat... bile kek dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.. bile dah sejuk keluar kan dan potong berlapis-lapis ikut la berapa lapis yang korang boleh potong... and then ketepikan dulu..
untuk layer plak... masukkan semua bahan layer ke dalam periuk.. kacau hingga die memekat dan masak.. lepas tu dengan gunakan loyang yang sama.. lapiskan kek dengan layer berselang seli... dah siap.. sejukkan dulu sebelum masuk dalam fridge... dah sejuk.. baru bole potong yer... sekian resepi hr ini... Ariosss 

RAKAN MAUT, LAUNGAN ALLAHUAKBAR JADI PERISAI - KOMANDO VAT69



Kuala Lumpur, 25 Mac - Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketikadiserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

PERJUANGAN SATU MALAYSIA


Sajak yang bertajuk 'Perjuangan Satu Malaysia' yang dideklamasikan oleh DSP Rosebaini binti Kassim dan ASP Mohamed bin Mahat pada sambutan Hari Polis ke 206 di Pulapol, Kuala Lumpur.





PERJUANGAN SATU MALAYSIA
Setelah dua abad memagari rumah ini
bukan pujian yang kita cari
setelah 206 tahun menyemai bakti
bukan taburan bintang di dada yang kita impi
ditanah ibunda keringat darah tumpah ke bumi
bukan kerana upah yang tak seberapa
tetapi dek kerana janji dan sumpah setia

Inilah bumi Malaysia tempat kita mencurah bakti
binaan penuh tumpahan darah
dan linangan air mata oleh pejuang bangsa
tidak mengira keturunan dan agama
Melayu, Cina, India, Bajau, Melanau, Murut, Bidayuh,
Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Penan , Kayan, Orang Hulu dan segala rumpun bangsa bersatu berganding bahu
membenteng keamanan negara bangsa
dengan semangat perjuangan Satu Malaysia
bukan untuk mencipta nama
tetapi mengharap ia kekal untuk diwariskan
kepada generasi dihari muka

Tidak sekali-kali
akan kita gadaikan kepada penjajah
tidak sekali-kali
akan kita serahkan kepada pembelot bangsa
tidak sekali-kali
akan kita letakkan nilai harganya kepada sesiapa

Biar darah merah kami menitis ke bumi
biar pun jasad kami di kelar berkali-kali
biar tulang belulang kami hancur lebur
namun pantang sekali kami undur
kami akan terus mara mengempur
walau ditakdirkan kami gugur

Telah kami buktikan kesetiaan sejak zaman berzaman
Bukit kepong menjadi sejarah air mata
Sejarah silam melingkari peristiwa
Ramai pahlawan kita rebah mempertahan bumi bertuah
Namun api perjuangan kita tak pernah padam
Pahlawanku tegap berdiri dan Serikandinya tak berpaling hati
menghambakan diri menguftikan janji padamu pertiwi

kini Lahad Datu dan Semporna mengulangi sejarah
dada pahlawan ditembusi bisa peluru
tubuh dilapah jasad disiksa tanpa belas kasihnya
pahlawanku gugur mepertahankan tanah air berdaulat
ayah ibu menangis pilu kehilangan anak tempat bergantung
para isteri berendam air mata kehilangan suami tercinta
anak-anak menanti kepulangan ayah
yang tak akan kembali lagi ke dunia
ternyata segala pengorbanan pahlawanku tak terhitung
mempertahankan bumi Malaysia bukan untuk disanjung

Pahlawanku
Kitalah pewaris mutlak penuh setia
menjadi perisai sempadan negara bangsa
dan terus berdiri mengibar pusaka azimat
Sang Saka Biru panji keramat
di tanah ibunda Malaysiaku bumi berdaulat

Friday, March 22, 2013

HEADER UNTUK BLOG

hari ni aku berjaya gak menukar header blog aku yang sebelum ni plain jer.... dah bnyk kali dh cari idea macammana nak decorate header.. tapi still tak kena.... tapi hari ni aku rase berkenan lak ngan header blog yang aku create sendiri nih... kalau tak... hurmm... tukar - tukar.. semua tak kena...



memula aku try pick yang ni dari shabby blogs



pastu try la create guna photoscape plak.. tapi design cam x kena lah... maklumlah designer tak terlatih.. kursus dengan pakcik googles jer...


ambik lak ni dari google images.. hurmmm tapi yang ni ade plak watermark.. lagi tak bole blah...

yang ni plak dari shabby gak...  selain tu korang boleh gak try riki riki kat sini http://sweetlyscrappedart.blogspot.com/p/free-blog-headers.html


last2 nak cuba yang ni pulak lah... cute jugak kan... kredit to http://thejulingradens.blogspot.com/p/free-doodles.html . hasilyer tgk la kat atas tu yer... hehehe...

jangan takut untuk mencuba... try la.. memula jer rase susah... yang penting korang kena pandai2 search dari pakcik googles...nak edit gambar, teks bagai aku suggest guna  pakai photoscape dan  kena blajar dari    link ni
 dah siap cam biase lah... template .. layout and edit header.... mudah jer kan... ok lah... ariosss....

Tuesday, March 19, 2013

LIRIK 150 JUTA AINAN TASNIM

first aku dengar lagu ni kat youtube dlm pelbagai versi cover.. macam takde yang menarik pon... tapi bile tengok si Ainan Tasnim nyanyi lagu ni cam best plak... tu yg letak lagu ni kat blog... just nak share lirik dan music video die...


150 juta ( Ainan Tasnim)


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua