Sunday, April 21, 2013

PELAKON MELAYU PERTAMA BERLAKON DI HOLLYWOOD

tahukah anda siapa pelakon Malaysia yang pertama berlakon di Hollywood???.. hah.!! kalau korang nak tau pelakon Malaysia pertama yang terlibat dalam filem Hollywood ialah Ibrahim Pendek. 

Nama Ibrahim Pendek merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfilemen pada suatu ketika dahulu. Namanya cukup gah dan pernah berlakon sebaris pelakon hebat seperti Tan Sri P Ramlee. Biarpun telah meninggal dunia pada  25 November 2003, nama Ibrahim sentiasa meniti di bibir peminat kerana aksi lakonannya yang mencuit hati.
Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau. 
Nak tengok lakonan beliau boleh tengok kat video dibawah ni...

layanzzz... okeh.. ariosss

 

Tuesday, April 16, 2013

JUTAWAN OKU DI MALAYSIA


Tahukah korang bahawa  Jutawan  Speedmart99  mini market ala2 seven Eleven tuh..Adalah Orang Kurang Upaya(OKU) yang Belajar Setakat Darjah Enam jer..??? Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.  Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah. Beliau sekarang ni memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak. Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.
Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan. ” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..” Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’ Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi. Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.


Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka. Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi. Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai. Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang. Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna. Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah. Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan. Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee. 

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
sebenarnya takde apa yang bole menghalang kite untuk berjaya.. aku sendiri pon tak mampu nak buat macam die nih... mungkin ini boleh kite jadikan sumber inspirasi untuk lebih maju. Lee yang kurang upaya pon tidak berharap pada bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya berusaha sendiri hingga berjaya ini kan pula kite yang sempurna akal dan fizikal.. hanya berharap bantuan dari kerajaan dan tak mahu berusaha...


Monday, April 15, 2013

CUTI MENJELANG PRU 13

Semua tertanya-tanya cuti ke tak mase PRU 13 nanti... ramai yang mula buat spekulasi sendiri... tak kurang jugak yang membuat andaian tentang cuti pasa 5 Mei dan 6 Mei 2013 nanti.. kat sini aku nak share sedikit info mengenai cuti sempena Pru 13 nih...

PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PRU13

Pada 5 dan 6 Mei 2013 nanti, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menimbang memberi Cuti Tanpa Rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Cuti Tanpa Rekod ini dapat menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab di hari mengundi Ahad 5 Mei 2013 nanti. 
Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di sini, hari ini
"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif.
"Bayangkan, kalau penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan mungkin susah atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri," katanya. Itu hanyalah permintaan dari CUEPACS.
Pada 5 dan 6 Mei 2013 telah menjadi satu tanda tanya, adakah ia tarikh Cuti Umum sempena PRU13. Kerajaan iaitu pihak JPA sebelum ini, tidak isytihar 5 Mei cuti umum bagi negeri Pantai Timur iaitu Kedah dan Terengganu.
 Mengenai Cuti Umum PRU13 untuk kakitangan awam, walaupun hari pengundian adalah hari bekerja di Kedah dan Teregganu, ia tidak akan menjejaskan Semangat Pilihan Raya kakitangan awam untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.
 Jelas pihak kerajaan Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 sebagai Cuti Umum. Sehubungan itu, kakitangan awam dan para pekerja diberi pelepasan bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada tarikh berkenaan.
 Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi PRU-13 sebagai Cuti Umum
 "Kita tidak akan umum 5 Mei sebagai cuti umum. Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara" − Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 "Buat masa ini, hari pembuangan undi adalah hari bekerja dan pejabat akan dibuka seperti biasa" − Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah..
sumber : BERNAMA




Friday, April 12, 2013

SNOW CHESE CAKE

Hari ni ade mood nak tulis resepi2 kek dr collection aku sendiri.. hehehe... semua tu aku kutip dr resepi bonda ku dan resepi dr sedare mare atau sahabat handai dari zaman anak dare dulu... sampai sekarang pon aku masih simpan.. tapi untuk zaman sekarang ni senang jer nak collect resepi.. macam aku sekarang aku pakai pakcik kesayangan aku.. iaitu pakcik google... korang bole la try gak... tapi kena tengok2 jugak .. kekadang tu resepi yang di masukkan tu ade jer yang x kena... tu yg tak mau ilmu turun habis la tuh... hehehe tapi nak cakap apa.. tu hak masing2 lah kan..!!! berbalik pada resepi yang akun ak share hari ni... 1st trial.. tu sesaje nak mencuba... bile dah menjadi bole lah open for order... hehehe
ini lah resepinyer..

SNOW CHESE CAKE
(kek keju bersalju)

Bahan2:
UNTUK KEK:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM:

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis-  (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

selamat mencuba yer.. hehehe...ariosss






Tuesday, April 9, 2013

LAGI SERANGAN DI SABAH

Dah sebulan lebih tragedi di sabah berlalu... dalam seminggu dua ni.. keadaan hampir pulih seperti sediakala.. namun mungkin  ramai yang agak.. tragedi ni sudah berakhir..  tetapi  masih ada berita mengenai serangan dari  pihak penganas lagi... walaupon tidaklah mendatangkan kecederaan tetapi ini menunjukkan bahawa penganas masih belum berundur..


Ops Daulat: Pasukan keselamatan ditembak

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan yang membawa keluar 15 mayat pengganas Kiram di Kampung Tanduo di sini petang ini, cemas selepas pihak musuh melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka sebelum menghilangkan diri.

Kejadian berlaku pada pukul 6.55 petang semasa pasukan keselamatan hampir selesai membawa keluar mayat-mayat berkenaan, namun tiada kecederaan melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, keadaan 15 mayat pengganas Kiram yang dibawa keluar cukup mengerikan dengan kebanyakannya sudah mula mereput, hancur dan berulat.

Kunjungan media yang pertama kali dibenarkan memasuki kampung itu mendapati kesemua mayat itu ditanam di dalam tiga lubang yang dijadikan kubur sedalam satu ke dua meter yang ditandakan sebagai kubur A, B dan C oleh polis dan berada berhampiran di antara satu sama lain.

Bermula kira-kira pukul 12.50 tengah hari, kubur A yang menempatkan sembilan mayat pengganas digali setelah pasukan pemusnah bom mendapati kawasan itu selamat daripada sebarang bahan letupan, diikuti oleh dua kubur berikutnya.

Sebaik sahaja lima papan lapis yang menutupi mayat pengganas di kubur A jelas kelihatan dan hanya menunggu masa untuk dialihkan pada pukul 2.15 petang, hujan lebat menyebabkan operasi membawa keluar mayat tertangguh.

Operasi kemudian disambung semula pada pukul 3 petang setelah hujan reda. Namun belum pun separuh air bertakung di dalam lubang itu dikeluarkan, hujan kembali lebat seperti sebelumnya.

Sehinggalah pada pukul 3.30 petang, kerja-kerja mengeluarkan mayat disambung semula bagi mengelakkan kelewatan. Papan lapis itu akhirnya dibuka dan ulat yang menghurung mayat kelihatan menggeletik.

Ada di antara mayat yang sudah kehilangan kepala. Ada pula yang bahagian mukanya sudah tinggal tengkorak menampakkan gigi. Bau busuk mayat menusuk hidung menyebabkan segelintir yang berada di situ terutama wakil media menjauhkan diri.

Mayat itu kemudian diangkat satu persatu. Ketika proses itu berlangsung, ada antara tengkorak mayat tiba-tiba tertanggal dari tulang belakang dan ada juga yang hancur dari bahagian pinggang ke atas.




Friday, April 5, 2013

BUDAK 17 TAHUN JADI JUTAWAN!!!

kali ni nak bukak cerita pasal budak umur 17 tahun jadi jutawan... haishh.. muda2 dah jadi jutawan.. kalau lah kite bole jadi macam die... bukan mudah juga sebenarnya.. tapi anugerah kebijaksanaan dan kepandaian yang ada padanya di manfaatkan sepenuhnya... jom kite riki2 background jutawan muda ni...
hensem kan budak nih... kalau dah jutawan tuh... duk tang mana pon nmpak hensem..

 Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun kini menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ini kerana salah satu aplikasi telefon bimbitnya telah dijual kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).  Nick D’Aloisio merupakan Pengasas Summly. Aplikasi  Summly ini dicipta pada November 2012 ketika Aloisio berusia 15 tahun dimana ia membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit.
Dia bemula di dalam industri ini bermula ketika umurnya 10 tahun,  iaitu apabila ibu bapanya membelikan sebuah laptop kepadanya. Disebabkan minat, Nick menghabiskan masa dengan belajar mengenai programming dan mencipta apps ketika cuti sekolah. Dia mencipta iPhone apps yang pertama pada usia 12 tahun. hebat kan..!!! aku mase umur 12 tahun duk main teng-teng jer... huhuhu...
Selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan,  Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook. Budak ni juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

Bakat yang ada pada dirinya akhirnya dikesan oleh billionaire daripada Hong Kong, Li Ka-shing. Beliau melabur sebanyak $300,000 kepada syarikat milik remaja muda ini. Dengan modal sebanyak itu,  Nick D’Aloisio membina sebuah aplikasi yang diberi nama Summly selepas itu Nick D’Aloisio, menjual syarikatnya kepada Yahoo dengan nilai USD $30 juta.
Fenomena startup company dari belakang rumah memang sudah menjadi trend di dalam dunia teknologi sekarang. Sebelum ini, Instagram dibeli oleh Facebook dengan nilai  USD $1 billion. Kali ini, remaja ini di usia baru mencecah  17 tahun dan berasal dari kota London, menjual syarikatnya kepada Yahoo dengan nilai USD $30 juta.
tentu bangga mak ayah die kan.. setakat ni rasenye die lah jutawan yang paling muda di dunia...
itu lah sedikit sebanyak info tentang jutawan muda ni... kalau nak tau lebih lanjut p interbiu pakcik google yer.. okeh... ariosss...





Thursday, April 4, 2013

KEK RED VELVET

Al kisahnyer hari ni.. ade la sorang sahabat nak mengorder kek dari aku... haishh aku dah ckp kat die yg aku ni bukannya seorang baker cake tegar pon.. dalam erti kata lain x profesional lah... tapi die nak try jugak... Dlm ati kata... (aku sahut cabaran itu,,) konon-kononye lah...
ni mase 1st time try..
Red Velvet Cake atau nama melayunye kek baldu merah... ni dah 2 ke 3 kali dah aku buat... tapi yang ni baru nak buat untuk order.. asik ambik tempahan kek pandan layer jer.. so kali ni aku nak cuba plak untuk ambik order red velvet cake ni..

nak try..??? sini aku bagi resepi yer...

RED VELVET CAKE
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder
-ayak sekali dalam satu bekas. Ketepikan.
Langkah kedua,
240ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh cuka. *campuran ini dipanggil buttermilk*
- perap selama 10 minit dan campurkan 2 sudu teh pewarna merah. Ketepikan.
Langkah ketiga,
Pukul sampai kembang,
150 gm butter
100 gm gula castor
200 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila.
-bila dah kembang, masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian, masukkan tepung yang dah ayak tadi (langkah pertama) berselang seli dengan bancuhan buttermilk (langkah kedua). Ketepikan.
Langkah keempat,
Campurkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat. Campuran ni akan berbuih-buih. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek yang diketepikan tadi. (langkah ketiga).
Langkah kelima,
Masukkan ke dalam loyang yang dan bakar selama 25-30 minit. Bila dah masak, sejukkan. Hias mengikut kreativiti anda. Untuk resepi cream cheese frosting anda boleh tgk kat mana2 blog.. Ada banyak jenis. Pilih lah mengikut citarasa anda.
Aku ikut yang ni;
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
-satukan semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga kembang.

 Try la yer... kalau menjadi jangan di lupa pengerasnyer... hehehe SeLaMaT MeNcUbA..!!!
okeh.. Arios..!!!

Tuesday, April 2, 2013

Clotch pad : alternative baru wanita masa kini

Pernah dengar clotch pad..???

 Sebenarnya pemakaian clotch pad ni memang dah diamalkan dari zaman nenek moyang kite dari dulu lagi.. ye la.. zaman dulu-dulu mane ade jual pad pakai buang kan.. tapi kalau dilihat even sekarang dah banyak pelbagai jenis pad dijual dengan pelbagai jenama dan saiz.. tetapi kebanyakkan mak-mak kite masih lagi mengamalkan pemakaian cloth pad ni.. bezanya yang dulu tidak dibuat khusus seperti sekarang.. Pemakaian cloth pad ni mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun. Ini bermakna pemakaian cloth pad ni memang terbukti mempunyai banyak kelebihan berbanding disposable pad yang biasa digunakan oleh wanita di Malaysia..

ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN TERSEBUT IALAH :-
  •   Mudah untuk mencuci hanya rendam, basuh dan keringkan
  •  Mudah – kerana  bila-bila masa anda memerlukan pad sewaktu kecemasan atau masa-masa yang    tidak dijangka ianya sudah sedia ada dalam simpanan.
  •  Penyerap terbaik - teras ultra nipis memberi  keselesaan dan sentiasa rasa , walaupun pada hari-hari yang aliran berat.
  • Tahan Lama – clotch pad anda boleh bertahan sehingga 3 - 5 tahun mengikut arahan penjagaan.
  •   Leakproof - melindungi pakaian anda dan memberi anda rasa lebih berkeyakinan.
  •  Terdapat dalam pelbagai saiz, pelbagai jenis kain kapas dan pelbagai warna dan Anda boleh memilih kombinasi saiz pad untuk disesuaikan dengan aliran kitaran individu anda.
  •  Mudah untuk digunakan, hanya meletakkan label pad ke bawah pada seluar, balut sayap sekitar gusset seluar dan ianya kemas dan tidak mudah teralih.
   


                                                            KENAPA MESTI BERTUKAR..!!!
Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan.Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau. Kebiasaanya bahan yang digunakan seperti Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN(bahan penyebab kanser) kelas pertama.
Dioksin pula boleh menyebabkan:

  •  Ketidakstabilan hormon
  •  Kanser Payudara
  •  Kanser Ovari
  • Kanser Usus
  •  Endometriosis
  •  Kemandulan
  •  Fibroid
  • Keguguran
  • Jangkitan pada uterus
  •  Melemahkan sistem imuniti badan  
     

CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA
  •  Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’. Pembungkusan di kilang masih secara manual. Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.
  •   Penuh dengan bakteria.   ”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987
  • Tiada tarikh luput (Expiry Date). Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?
  • Pelapik Luar Tidak Telus Haba. Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.
  •  Tiada Bahan Anti-Bakteria. Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.
  •  Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat  (35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun). Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah 15 000 kali !!!
  Maka tidak hairan lah jika  Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia


                                                                JUM TUKAR…!!!
Macammana nak tukar..???? tunggu..!!!! info pasal cloth pad ni yang akan di updated dalam mase terdekat ni yer... okeh.. arioss...

Monday, April 1, 2013

MISTERI : PERFUME UNTUK ZOMBIE..

korang suke beli perfume tak...?? tak kiralah murah ke mahal ker.. tapi yang pastinye mesti korang kan pilih perfume yang wangi dan kena ngan jiwa korang... bagi yang suke beli perfume utuk buat koleksi sini ade dua jenis perfume yang memang korang akan teragak-agak nak test.. apa lagi nak beli....

A Frangrance for dead body.. tu dalam bahase omputih.. dalam bahasa melayunyer.. pewangi untuk mayat... ade dua jenis... one for her.. untuk cik antu  pompuan... n one for him.. untuk en antu lelaki yer.. lepas ni ramai la antu shopping on line... hehehe 
sedikit info untuk perfume ni..


                         FOR HIM                                                       FOR HER
 Minyak wangi ini di buat secara berpasangan seperti yang biasa  digunakan untuk golongan lelaki dan wanita. Minyak wangi Zombie ini di bungkus dengan botol yang sangat menarik sehingga anda boleh membawanya ke mana saja. Untuk minyak wangi golongan lelaki, aromanya berasal dari ekstrak daun kering, jamur lumut dan aroma tanah sehingga boleh membuat anda merasakan aroma 'busuk dan reput" badan ketika menggunakannya.  Sementara untuk minyak wangi golongan wanita, aromanya lebih ringan dari minyak wangi lelaki. Mengandungi sedikit aroma wine untuk memberikan kesan feminin.


 Namun, sesuai dengan namanya, minyak wangiu ini tidak akan jauh dari aroma mayat.  Meskipun ini adalah minyak wangi Zombie, harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan minyak wangi jenama lain yang dijual di pasaran. Harga minyak wangi Zombie untuk isipada 29 ml berharga sekitar $20. Sementara minyak wangi isipadu 118 ml harganya sekitar $39.50. Dengan harga seumpama itu, ia mampu bersaing dengan harga minyak wangi lain di pasaran.  Demeter adalah salah satu syarikat perusahaan yang mencipta minyak wangi dengan bau-bau yang aneh. Sekiranya anda tertarik untuk mencari minyak wangi dengan aroma yang luar biasa dari kelainan, anda boleh memeriksa daftar produk minyak wangi keluaran Demeter yang lain dan di sana, anda akan menemui pelbagai jenis aroma minyak wangi yang boleh membuatkan anda geleng kepala. Beberapa contoh minyak wangi yang ada di sana adalah minyak wangi beraroma mesin cuci automati khinggalah kepada minyak wangi  aroma kotoran. 

so... ade bran ker..!!! agak2 kalau beli minyak wangi yang bau macam mayat ni... time bile nak pakai tuh... haish.. kalau malam2 pakai takut ramai lak peminat di alam maya yang ikut... huish....


berminat nak beli boleh lah klik sini..
tak boleh nak cite banyak... TAKUT..!!!  ariosss...