Nama
Ibrahim Pendek merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfilemen pada
suatu ketika dahulu. Namanya cukup gah dan pernah berlakon sebaris
pelakon hebat seperti Tan Sri P Ramlee. Biarpun telah
meninggal dunia pada 25 November 2003, nama Ibrahim
sentiasa meniti di bibir peminat kerana aksi lakonannya yang
mencuit hati.
Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan
dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu
terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau
dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara
filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu
Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak
Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan
Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat
itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya
untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran
Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah
agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon
dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam
filem The Spiral Road pada tahun 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut,
beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon
dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk
meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak
meluluskan Visa beliau.
Nak tengok lakonan beliau boleh tengok kat video dibawah ni...
layanzzz... okeh.. ariosss
No comments:
Post a Comment