Wednesday, May 8, 2013

BAYARAN UNTUK KERJA MENANGIS DI HARI PENGKEBUMIAN

Pernah tak dengar kerja sebagai tukang menangis semasa hari pengkebumian..??? cam pelik jer kan.. tapi tulah yang berlaku di zaman sekarang.. manusia sekarang boleh buat apa saja untuk mencari duit..


Di negara seperti Asia Barat, China dan kini mula menular di Britain, pekerjaan sebagai tukang nangis di hari pengkebumian boleh dikatakan sebagai satu kerjaya yang profesional. Keluarga yang dalam kesedihan atas kematian orang tersayang boleh mengunakan perkhidmatan mereka ini dengan bayaran 45 pound (RM 210) selama 2 jam semasa di upacara pengkebumian.

Kumpulan ini dikenali sebagai ahli moiroligi, merupakan pelakon yang terlatih dan mahir untuk melahirkan perasaan sedih di khalayak ramai. Sebelum melaksanakan tugas, mereka ini akan di beri taklimat ringkas dan memberi maklumat si mati kepada mereka bagi memberikan atau mewujudkan perasaan sedih dikalangan mereka ini.

Pekerjaan ini sangat popular sehinngakan di sebuah firma di Essex, mereka mempunyai  20 kakitangan untuk melaksanakan tugas ini. pengasas pekerjaan ini ialah Rent  A Mourner di Braintree, Ian Robertson mengakui idea ini jarang berlaku di negara Britain dan semakin berkembang hingga mencecah 50% setiap tahun.
Kalau apply keje ni and keje sampai pencen alamtnyer.. jadi Kassim Selamat la... hehehe.. Selamat Membaca.. ariosss....

No comments:

Post a Comment