Thursday, May 9, 2013

8 PERKARA JANGAN BUAT SELEPAS MAKAN!!

Hidup ini penuh dengan peraturan. Setiap negara pun ade peraturan untuk hidup aman. Sama jugak dengan tubuh badan kita yang juga ada peraturan. Kalau nak sihat, ikutlah peraturan yang dah ditetapkan. Lebih baik kita mulakan gaya hidup yang sihat sebelum terlambat. Jom baca 8 perkara JANGAN buat selepas makan! ini jugak sebagai peringatan untuk diri sendiri... mana taknya.. kekadang sendiri pon buat...


1. Jangan merokok.
- Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

2. Jangan makan buah-buahan.
- Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambil 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.
3. Jangan minum teh.
- Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.
4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
- Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.
5. Jangan mandi.
-Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.
6. Jangan banyak berjalan.
- Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
-Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
8. Jangan terus minum air.
- Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam – 1 jam selepas makan. Baca disiniuntuk mengetahui “Waktu terbaik minum air masak”.
Untuk pengetahuan bersama yer..!! nak ke tak nak amalkan.. terpulang lah..!! okey.. arioss!!!

2 comments:

  1. heee..saya salah swg suka minum air lps mkn..
    salam kenaln..saya follow blog yanz
    jemputla ke blog saya nnti ye..
    time kcih..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenalan...sorry lmbt reply.. sh dh pon folow awak.. tq...

      Delete