Monday, April 15, 2013

CUTI MENJELANG PRU 13

Semua tertanya-tanya cuti ke tak mase PRU 13 nanti... ramai yang mula buat spekulasi sendiri... tak kurang jugak yang membuat andaian tentang cuti pasa 5 Mei dan 6 Mei 2013 nanti.. kat sini aku nak share sedikit info mengenai cuti sempena Pru 13 nih...

PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PRU13

Pada 5 dan 6 Mei 2013 nanti, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menimbang memberi Cuti Tanpa Rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Cuti Tanpa Rekod ini dapat menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab di hari mengundi Ahad 5 Mei 2013 nanti. 
Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di sini, hari ini
"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif.
"Bayangkan, kalau penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan mungkin susah atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri," katanya. Itu hanyalah permintaan dari CUEPACS.
Pada 5 dan 6 Mei 2013 telah menjadi satu tanda tanya, adakah ia tarikh Cuti Umum sempena PRU13. Kerajaan iaitu pihak JPA sebelum ini, tidak isytihar 5 Mei cuti umum bagi negeri Pantai Timur iaitu Kedah dan Terengganu.
 Mengenai Cuti Umum PRU13 untuk kakitangan awam, walaupun hari pengundian adalah hari bekerja di Kedah dan Teregganu, ia tidak akan menjejaskan Semangat Pilihan Raya kakitangan awam untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.
 Jelas pihak kerajaan Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 sebagai Cuti Umum. Sehubungan itu, kakitangan awam dan para pekerja diberi pelepasan bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada tarikh berkenaan.
 Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi PRU-13 sebagai Cuti Umum
 "Kita tidak akan umum 5 Mei sebagai cuti umum. Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara" − Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 "Buat masa ini, hari pembuangan undi adalah hari bekerja dan pejabat akan dibuka seperti biasa" − Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah..
sumber : BERNAMA




No comments:

Post a Comment