Tuesday, March 12, 2013

KRISIS DI LAHAD DATU - lagi perwira negara terkorban..

Petang tadi.. bile terbaca berita mengenai seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban di Sabah.. hati aku tetiba rasa sedih... ingatkan selepas terkorbannya perwira negara seramai 8 orang sebelum ni.. takkan ada lagi anggota keselamatan negara yang akan terkorban.. apa yang aku sangat kesalkan.. gambar Anggota tentera yang terkorban tuh.. di pos ke internet... pada aku.. tak perlu lah disebarkan gambar tuh... sedihnya hati keluarga mereka tuhan je yang tau.... nak plak... keluarga2 anggota keselamatan lain yang masih bertugas di sana tentunya akan lebih gusar...



Petang tadi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga PENGGANAS mati dalam pertempurandi Sg Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, kira-kira Jam 10:45 pg tadi. Perwira Negara Yang Terkorban itu adalah PBT 1163468 Mohd Hurairah 7 RAMD Kem Tawau. Allahyarham bersala dari Negeri Kelantan. Jenazahnya akan disemadikan di kampungnya di Kg Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Jenazahnya juga akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada 4 pagi esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada Jam 8 pagi.



Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para Syahid.. Dengan berita kematian anggota keselamatan itu menjadikan jumlah perwira negara yang terkorban adalah seramai 9 orang..


PERWIRA NEGARA..!!! JASAMU AKAN DIKENANG.....

AL FATIHAH..



No comments:

Post a Comment