Sunday, December 1, 2013

PAUL WALKER IN MEMORIES

Haishh.... dh lama gile rasanya x posting dlm blog ni... mungkin sebab life dah mcm suam2 kuku jer skang ni... ditambah plak banyak komitment kat fmily n study... sampai dah xde idea nak cite pasal apa.... hurmmm kalau setakat menulis jer... tp xde isi yg menarik... boring gak.....
 nak bercerita pasal travel pon... dah lama x travel... asal cuti jer... blk kg.... plan nak bercuti bnyk kena cancel atas sebab2 yg x dpt dielakkan.... klise punye statement kan... hahahaha

PAUL WILLIAM WALKER
hari ni... atas sebab nak buang abuk2 n sawang2 kat blog yg dh lama x di updated kan ni... so aku nak post cite pasal hero Filem sequel FUST AND FURIUOS... Paul Walker dalam kenangan...
Semalam 1 Dec 2013 seluruh dunia dikejutkan dengan kematian Paul Walker dalam kemalangan pada 30 Nov 2013..... 

seriously... mase duk baca berita pasal tu smlm... macam tak nak percaya.... aku ni plak memang peminat tegar cite Fust n Furious start dari yg pertama lg.... sampai yang ke 6.. mmg x pernah miss tgk... 
 klu korang nak tau.. pentalogy filem tu pon aku still simpan n akan tengok tanpa jemu2...
bagi peminat2 cite tuh.. mesti akan rase benda yg sama coz lakonan Paul Walker as Brian O' Connor sangat2 lah beri kesan pada peminat peminat filem FUsT N FuriOus macam i ni...... watak brian tu betul hidup dengan jiwa dia....
Kehilangannya memberikan kesan besar pada dunia hollywood especially pada filem Fust Furious 7 yang akan ditayangkan tak lama lagi.... just imagine apa yang akan director James Wan n team FAST 7 nak teruskan shoot filem tuh... mesti bnyk bnda nak kena ubah..
tp DEMI bg penghormatan pd hero Fast Furious ni... wlpon die dah xde... aku conform akan pegi tgk gak movie ni nnti...... hukhukhuk.... sedihnyer... aku lak yang terlebih sentap....

Paul Walker ni seorang yang sangat suka buat kerja2 charity.... Mendiang  mengetuai badan kebajikan Reach Out Worldwide. Fungsi badan kebajikan itu membantu dan menghulurkan bantuan sukarelawan dan dana kewangan pada negara-negara yg ditimpa bencana. Paul Walker turut membantu negara indonesia masa Tsunami di Acheh..serta mangsa-mangsa taufan haiyan dan masyarakat di negara-negara yg kebuluran.

superb nice n cool jer kan.... we will miss u... 

petikan kata2 dari Dwayne Johnson : All my strength, love & prayers to the Walker family during this heartbreaking time.  This devastating loss is an important reminder that the best way we can honor our lost loved ones - is by living and loving as greatly as possible. Love you brother. DJ
ni gambar di zaman kanak2 die...
sedikit info tentang beliau yang boleh di kongsikan disini ialah Paul William Walker  dilahirkan pada September 12, 1973 adalah seorang pelakon Amerika yang amat terkenal dan hebat . Beliau menjadi terkenal pada tahun 1999 selepas peranannya dalam filem hit Varsity Blues, tetapi kemudian mendapat kemasyhuran sebagai Brian O'Conner dalam The Fast dan siri filem Furious. Filem-filem beliau yang lain termasuk, Eight Below, Into the Blue, She's All That, and Takers.. Beliau muncul di siri National Geographic Channel dalam series Expedition Great White.Beliau dilahirkan di Glendale, California, dan dibesarkan di kawasan San Fernando Valley Los Angeles County. Beliau berasal dari Ireland, dan berketurunan Jerman.  
selebihnya korang bole KLIK SINI


GUDBYE MY HERO....... ariosss... guys......





No comments:

Post a Comment