Bile negara tetiber jer diserang penceroboh di Lahad Datu Sabah.. pelbagai spekulasi timbul.. haish... biasalah... setiap spekulasi yang dibuat tuh.. semuanya berdasarkan sudut pandangan politik. Politik ini salahkan politik tuh.... politik tu plak tuduh politik ni... Sedangkan anggota keselamatan menyambung nyawa dan memerah keringat serta berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara.. tapi rakyat sendiri berperang siber... macammana nak menetang musuh... macammana kite nak mempertahankan negara kalau rakyat Malaysia sendiri saling tuduh menuduh... bagi aku perbuatan keyboard warrior yang lebih menghina dan memperlekehkan anggota keselamatan negara sangat kurang ajar... tidakkah kite terpikir bagaimana susahnya mereka bertugas mempertahankan kedaulatan negara... sedangkan kite hanya duduk di depan komputer.. memegang handphone... menulis dan menyerang sesiapa sahaja hanya kerana kite mempunyai fahaman politik yang berbeza...
Kali ni aku nak mengulas balik apa yang di perkatakan oleh facebooker tentang anggota keselamatan negara... bukan niat nak menyebarkan atau mengaibkan orang lain... tapi sekadar ingin melepaskan rasa yang tersimpan melihat anggota keselamatan di hina..
yang terbaru selepas seorang guru di Kelantan ditahan atas tuduhan menghina anggota keselamatan.... timbul pulak seorang lagi cikgu yang keluarkan kenyataan menghina anggota keselamatan negara... statement yang die bagi ni tak gambarkan langsung dirinya sebagai seorang pendidik... bile kenyataan die di dedahkan... mula lah... nak hantar email and mesej nak minta maaf dan nyatakan yang die hanya memberi pandangan.. aku nak ulas sikit kenyataan cikgu nih... klik sini untuk cerita yg lebih lanjut..
Tugas anggota keselamatan negara tak sama dengan tugas2 lain... setiap orang mempunyai peranan sendiri... kite memang boleh salute pada mereka sebab mereka berani memohon kerja sebagai anggota keselamatan negara.. dan berani bertempur demi menjalankan tugas serta menjaga keselamatan negara... bayangkan kalau tiada orang yang mempunyai keberanian macam mereka.. semuanya mohon kerja kerani atau cikgu macam dia nih... agak2.. puak sulu sekarang dah ceroboh semenanjung sekali.. sebab tuh mereka digelar wira...
apa yang keluarga mereka rasa bile lihat insan tersayang dalam hidup mereka tinggalkan mereka selama-lamanya demi negara namun dibalas seperti kenyataan ini... bile ahli keluarga kite meninggal dunia.. orang cuma bercerita sedikit sahaja.. pasti kita kan rasa melenting dan marah...
perbuatan guru ini sudah pon diberi pembalasan.. pembalasan atas dunia tak sama sengan pembalsan di Akhirat.. bayangkan macammana mereka-mereka nih nak minta maaf pada Perwira-perwira negara yang dah terkorban tuh.. apatah lagi dari keluaga Mereka dan seluruh rakyat Malaysia..
tapi macammana pulak dengan yang ni... pada aku mereka yang membuat kenyataan ini..memang betul-betul bodoh dan tidak berasas
beginikah pemikiran seorang pendidik.. mereka ni bercakap bukan berdasarkan kerjaya mereka.. tetapi berdasarkan sikap diri yang tidak tau menghargai orang lain..
bayangkan jika kite menerima nasib begini... beranikah kita.... bertahankankah kite... mampukah kite.. menahan sakit... menahan rasa sedih melihat rakan-rakan seperjuangan di bunuh dengan kejam seperti yang di alami mereka... darah yang mengalir di badan mereka adalah darah perwira... tidak perlulah kite menafikannya... shahid atau tidak kematian mereka.. biarlah Allah S.W.T yang menetukannya...
HENTIKAN LAH PENGHINAAN INI... JASA DAN PENGORBANAN YANG MEREKA LAKUKAN BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BUAT... TERMASUKLAH MEREKA2 YANG DISENARAIKAN DIATAS... DAN KITA SEPATUTNYA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN MEREKA..
No comments:
Post a Comment