Tuesday, March 26, 2013

INI BUKAN SANDIWARA : Berpantang Ajal Sebelum Maut.

KEYBOARD WARRIOR..!!! ADE BRAN...!!
Bile ade diantara kita yang mempunyai akal yang sempit melabelkan bahwa ini adalah sandiwara sahaja.. pasti mereka2 ini tidak mempunyai hati perut.. dan tidak tau menghargai jasa dan pengorbanan mereka... andai kita lah yang diberi pengalaman ini.. adakah mampu untuk kita hadapinya.. luka dihiris pisau di jari pon boleh buat kita rasa sakit.. bayangkan bile ditempat perwira negara ini..

Ini bukan masa untuk mati’

Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.
Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.
“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring. “Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.
Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.
Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, enam polis terkorban, manakala anggota keselamatan yang terselamat dibawa keluar pasukan VAT69 kira-kira jam 5.30 malam keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat sepenuhnya ketika itu.
Hasnal cedera parah dan kehilangan banyak darah berkata, dia hanya mampu berserah dan berdoa segera diselamatkan selain sokongan daripada anggota supaya terus bertahan sehingga bantuan tiba.
“Saya tidak dapat membayangkan apa-apa cuma tunggu diselamatkan saja, bila semangat datang kembali saya cakap pada diri, ini bukan masa untuk mati, saya akan bertahan sampai siang atau lebih lama lagi, malah nekad kalau tiada yang datang menyelamat, saya akan cuba berjalan keluar,” katanya yang terkena enam tetakan masing-masing tiga di atas kepala dan tangan menyebabkannya hampir putus selain tiga tembakan menembusi perut serta tangan kiri.
Bapa kepada seorang anak berusia dua tahun tujuh bulan itu berkata, dia menerima rawatan kira-kira dua minggu di Hospital Tawau dan Selayang, tetapi sehingga kini tangan kanannya belum boleh digerakkan lagi, manakala tiga jari tangan kiri sudah boleh digerakkan.
Menceritakan kembali peristiwa yang berlaku, Hasnal berkata, sepanjang malam bertahan di sebuah rumah, dia terjaga setiap sejam, manakala anggota lain berkubu di luar. “Saya sempat menghubungi isteri, Wan Zukarneti Wan Said, 28, pada pagi 3 Mac untuk memaklumkan saya sudah melaksanakan tugas dan berjanji akan menghubungi semula pada sebelah petang.

“Bagaimanapun, saya tidak memaklumkan kecederaan yang saya alami atau keadaan saya yang masih terperangkap di perkampungan air bagi mengelakkan keluarga risau,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkejut apabila dimaklumkan keluarga di Felda Telur Timur, Kuala Ketil, Kedah sudah mengadakan bacaan surah Yasin kerana beranggapan dia meninggal dunia dalam pertempuran itu.
Hasnal berkata, pada kejadian serang hendap itu, pertempuran berlaku dalam gelap tanpa henti selama 15 minit dan selang sejam sekali, selain dia dapat melihat percikan api peluru ke arah mereka.
“Ketika menghampiri sebuah rumah yang disyaki ada pengganas pasukan saya terus ditembak dari dalam, kebanyakan anggota dan pegawai yang terkorban berada dalam barisan hadapan. Saya terkena tembakan di perut dan dua di tangan, tapi saya bernasib baik kerana sempat tunduk.
“Selepas ditembak, saya ditetak dengan parang barong sebanyak tiga kali di kepala, saya melawan dengan menepis menggunakan tangan sebelum lari ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 15 meter dari kawasan pertempuran bersama sembilan anggota yang sempat memapah seorang rakan yang terkorban.
“Saya tidak nampak dengan jelas wajah pengganas kerana keadaan gelap, tetapi ketika dikejar mereka kelihatan masih muda dan macam orang kampung, di situ,” katanya. [BH]
TANGISAN SEORANG PEJUANG..!!

No comments:

Post a Comment