Seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti.. bilakah DS Najib
akan bubarkan parlimen.. hari ni telah mencatatkan satu detik sejarah baru
apabila Dewan Undangan Negeri (Dun)
Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini. Mandat semasa kerajaan Negeri
Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam
tempoh 60 hari. Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan
sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum
yang lalu. Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen
akan dibubarkan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan
menetapkan tarikh pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan
serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul
Aziz Mohd Yusof, berkata ketetapan akan dibuat selepas pihaknya menerima surat
daripada Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor, bagi
memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran DUN. “Ini proses biasa, kebiasaannya Speaker DUN
(Negeri Sembilan) akan hantar surat (kepada SPR) pemberitahuan bahawa DUN
dibubarkan dan kekosongan kerusi berlaku. Tapi sehingga kini SPR belum terima
lagi surat berkenaan,”
Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang
mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, dan ramai meramalkan sebagai yang
terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul sekali lagi hari ini.
Banyak pihak membuat ramalan dan jangkaan masing-masing menerusi media sosial
sejak pagi tadi.
Dah tak menyabar dah rakyat Malaysia ni nak mengundi... tau la
bile DS Najib tuh nak umumkan pembubaran parlimen.. tak payah la nak sibuk2... tau la die.. kalau
nak jugak cepat-cepat.. tunggu PRU 14.. mase tuh kalau korang la yang jadi PM..
bole lah suka2 hati nak bubar parlimen.. kalau tak.. duk diam2 jer.. buat keje
sendiri... tak payah nak melebih-lebih...
No comments:
Post a Comment